Pinjal anjing
Pinjal anjing

Pinjal anjing

Pinjal anjing (Ctenocephalides canis) ialah satu spesies pinjal yang hidup sebagai ektoparasit pada pelbagai mamalia, terutamanya anjing dan kucing bela jinak. Ia hampir-hampir menyerupai pinjal kucing, Ctenophalides felis, yang boleh hidup pada lebih pelbagai haiwan dan pada amnya lebih prevalen di seluruh dunia.[1]Pinjal anjing menyusahkan kerana ia boleh merebakkan Dipylidium caninum.Sungguhpun ia memakan darah anjing dan kucing, ia kadang-kadang menggigit manusia. Ia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa bulan, tetapi betina mesti memakan darah sebelum ia boleh menghasilkan telur. Ia boleh melahirkan kira-kira 4000 biji telur pada bulu perumah.[2] Telur-telurnya melalui empat kitaran kehidupan: embrio, larva, pupa, dan imago (dewasa).[3] Keseluruhan kitaran kehidupan ini daripada telur sehingga dewasa memakan masa dari dua hingga tiga minggu, tetapi ini bergantung pada suhu. Masanya mungkin lebih panjang dalam keadaan sejuk.[4]